Monday, August 12, 2013

till jannah =)

syukur, alhamdullilah. firstly, mimie nk ucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin buat semua. secondly, tahniah buat syafiqah khalid, kerana dah melangsungkan perkhawinannya dengan pasangan hidupnya. mimie doakan khidupan suami isteri korang kekal dan diisi dengan penuh kasih sayang. Till Jannah. sweet tgk kawan2 dah kawin kan? ambe, bila ntah. hahaha. insyallah, ada jodoh dgn sape2, kawin laa naty. last but not least, korang! hari ini ada hujan meteor, jom pakat tengok! huhu, bye ^^,

my friend wedding :




menunggu kapan kah turn ku, hahah =)

Tuesday, May 28, 2013

malang! =(

salam . aku tak tahu sekarang memang aku dalam keadaan yang sangat kecewa. tahu kenape? yes, aku tak dapat pergi mane2. =( . bile upu anta mecej 'dukacita', aku dah nangis teresak-esak dengan mak aku. kau ada? so, skarang nie, aku tengah tungkus - lumus menempatkan diri aku dalam rayuan ini. Ya Allah, aku perlukan kekuatan darimu. Moga kali ini, aku berjaya masuk walaupun bukan dalam bidang kearah cita-citaku. asal aku dapat masuk ikot kawan2 aku. Kawan, tunggu mimi tau. =(

ya, aku malu sgt2 dengan kawan aku. aku sorang aje lam kelompok diorang belom ada rezeki kat mane2. aku cume ada satu soalan aje nak tanye diorang . 'kawan, korang malu ke bile mimi xdapat mane2??' sedih woii! aku dah tahu sape kawan dan sape lawan aku sebenarnya. yelah, bak kate pepatah kawan sejati hanya disamping kita semasa dalam kesusahan je. bile dah senang, mase depan dah dalam U, kite nielah yang ditinggalkan, Terima kasih segala jasa baik awok, kawan. tolong ah paham, bakpe mie selalu cipta alasan untuk apa yang awak cadang. saya, mimie mmg seorang yang tiada wawasan diri dan keyakinan diri. Goodluck kawan2 semua, mimi doakan semua berjaya dalam kehidupan korang nanti. Insyallah. =)

#mok, bersaborlah mimi tgh cari macam2 cara untuk ke UITM

#UITM, tolong ah nampak usaha aku ni. 

Thursday, May 2, 2013

kuatkan semangat =)

Assalamuailaikum semua.. lame rasanya mimi dah tak buke blog nie. maklumlah, sibuk sikit 2 / 3 minggu nie. Mimie baru dalam proses belajar kereta. huh, ingatkan senang. rupanya, susah woi.! fedup dah aku pom. entah kenape. dua tiga hari ini, aku dah hilang semangat. Ya Allah, tolong kuatkan semangat aku, amin ya roba al lamin. mohon sume kawan - kawan tolong doakan mimi dan nana moga dipermudahkan segala urusan di PSM ni. Tolong lah. 

ok next, aku blom tahu rezeki aku untuk sambung belajar ke IPTA terbuka luas atau tidak, cume yang aku tahu cume doakan yang terbaik untuk diri sendiri. Ya Allah, terimalah segala doaku. Amin. "banyak kan doa- doa saya"! ye memang, saya suke berdoa dan berharap di tunaikan segala doa- doaku nie. 

nie nak happy sikit, my best friend dah nak kahwin dengan seorang jejaka pilihan keluarga, waa, so sweet. moga dikekalkan hubungan suami isteri sehingga ke akhir zaman, dunia dan akhirat. bile pulak kan saya nak menyusul. Lambat lagi kot that moment, blom ade yang meminang. huh, Ya Allah, dekatkan lah jodoh ku, moga jodoh mu ini mampu bawa aku ke jalan yang diredhai mu. jauhkan aku dan dia dari segala maksiat, aku ingin kan hubungan suami isteri yang diredhai mu. Amin! 

sekian, wasalam~ 

Thursday, April 4, 2013

kuatkan semangat =)


huh, lama rasanya tak berceloteh kat sini. Mata keatas, tengok tittle hari ini. okei kuatkan semangat. Lately nie kan cuti sekolah, so cik blogger dan family balik kampung, jumpe saudara mara sebelah mak. Wah, meriah ko, macam tak jupe bertahun- tahun. First day, kitorang just pegi Rantau Panjang. Buat pe lagikan, shopping laa. Nak2 saudara mara sebelah mak nie kebanyakannya female. Amboi~ shopping sakan lah deme2 sume. Badan cik blogger memang lemah, asyik sakit2 lepas gi sane. maybe cuaca disane, tersangatlah panas, setiap seorang manusia kat sane, bawa satu penyakit. So, mmg deman lah cik blogger. aduhh~. okei, takpe asal hati puas balik rumah tengok barang yang dibeli. fuh, berbaloi2.

wokei, tuh baru pendahuluan, huh, panjang tol. Second day, cik blogger pergi jalan rumah saudara. Che de nama anak2 saudara panggil. Rumah dia okei but area dia cam menakutkan sikit. Takde org, maybe dua tiga tahun akan datang, maybe akan better kot. kami makan mee sup n pudding tripple yang dia buat. Oklah, not bad kan.. then, kami pergi melawat rumah pak saudara kitorang, bini dia baru bersalin. sepupu kitorang lah kiranya. Irsyad bestkan namenya. Tapi apa yang mengejutkan, si abang dia, Irfan disyaki mengidap penyakit 'autisme'. huh, terkejut sangat. Kuatkan semangat. memang dari dulu lagi, dia suka menangis, xsuke orang dekat ngan dia. kitorang just ignorekan jelah dia nie. last2, disyaki penyakit nie, tapi baru dalam penyiasatan lagi. harap taklah kan, 

FOR YOU, pok anjang n mak anjang

KUATKAN SEMANGAT. =)     

Tuesday, February 19, 2013

alim - alim kucing :
 pic from mr. google. 

salam semua, this picture maybe right that i want describe to someone who i know. she was wonderful women that i thought she can be. she was someone how not so far from me but not so close with me. but what i very upset with her is she having a sex with her boyfrend, oh my god, i can't believe she going so far.  maybe, because her family far away from her, so she think that she can do anything she want to do. she forget that, Allah always with her. yes, truthly, aku memang xsangka. first2, aku memang xpercaya. aku cakap pada diri aku "mimie. mu xdop bukti nak kabo gitu", then, yes akhirnya kebenaran terbongkar jua. Allah nk tunjuk sebenarnya apa yang sebetulnya berlaku. memang nak menangis time tuh tp tabah kan hati, dah try cam2 cara nk nasihat kan dia tp ntahlah. bak kata pepatah 'masuk telinga kanan, kuar telinga kiri' huk. sedih bile tngok dia cam tuh. dia bukan nya calang2 org, khatam al - quran, sentiasa baca al - quran dan  tak lupa semayang. tp mungkin menda tuh semua tidak beri pape makne untuk dia. aku perasan sejak dia kapel ngan bf dia nih, perangai dia dah pelik, dah tak macam org yang ade agama. mulut je kot sebut sal2 hal2 agama tp nauzubillah. yang aku nak tergelak nya sal hal diorang ni kat facebook selalu post hal2 agama, konon nya nk tunjuk baik ah kot kat semua orang tapi hakikatnya bagi aku yang tahu perangai sebenarnya, buatkan aku rase nk tergelak.  sibuk post orang xpaka tudung nih berdosa, masuk neraka. weih, kau sedar tak yang perbuatan kau tuh lebih teruk daripada orang yang tak paka tudung. kau belajar agama pe nih sebenrnya? mazhad pe yang kau paka? bodoh. sibuk nasihat orang tapi diri sendiri hanyut. maybe, diorang tak tahu yang zina lebih teruk daripada xpaka tudung. ishh, sian nya budak nih kan??     

niat aku sebenarnya hanya nak luahkan perasan aku yang dah lama aku pendam akibat perangai dua hamba Allah nie. aku bukan nak aibkan dia tp aku dah tak tahu nak luah kat sape. aku malu nak cite hal2 nie kat kawan2 aku, kat parent diorng, lagilah aku x berani. silap2 putus hubungan anak dan ibubapa. aku xsanggup nak cite kat orang lain. aku rase dah macam bersubahat dengan diorang dah. aku xmo tanggung dosa nie lame2 tp ape yang terbaik aku rase hanyalah berdiam diri dan sertakan doa agar dia kembali ke pagkal jalan yang sebetulnya. Moga ALLAH memberi aku kekuatan dan maafkan segala dosa ku kerana tidak mampu melakukan ape2 untuk menyedarkan diorang nie. aku dah buntu. aku dah cuba tapi GAGAL.   

Monday, March 19, 2012

menangis =(


Fakta menarik mengenai wanita, kajian daripada German Society of Ophthalmology dan dilaporkan dalam the telegraph pada 15 Oktober 2009, secara purata seorang wanita normal akan menangis di antara 30 hingga 64 kali dalam tempoh setahun, berbanding kaum lelaki yang hanya merekodkan 17 tangisan dalam tempoh setahun. Kalau diambil jumlah maksima 64 kali dan dibahagikan dengan 12 bulan dalam setahun, secara purata seorang wanita menangis sebanyak 5.3 kali sebulan dan jika dibahagikan pula dengan 30 hari dalam sebulan, seorang wanita akan menangis sebanyak 0.18 kali sehari.
Manakala kalau diambil jumlah maksima lelaki menangis 17 kali setahun dan dibahagikan 12 bulan, lelaki hanya menangis 1.42 kali sebulan. Di samping itu analisa tersebut juga mendapati purata wanita mengambil masa sehingga 6 minit untuk menangis berbanding lelaki hanya 2 hingga 4 minit.

Apakah faktor yang menyebabkan wanita menangis? satu persoalan yang begitu subjektif dan mempunyai ribuan jawapan mengikut persepsi masing-masing, namun berdasarkan carian dalam Askmen.com, lima faktor utama yang mempengaruhi emosi kaum wanita untuk menangis iaitu:

Hormon
 Perubahan hormon dalam badan wanita ketika datangnya haid memberikan reaksi kepada kestabilan emosi mereka menyebabkan perasaan menjadi sensitif dan mudah tersentuh, yang hanya dapat diluahkan melalui tangisan.

Manipulasi
Wanita mengetahui tangisan mereka merupakan senjata utama untuk menawan perasaan insan lain, terdapat di kalangan wanita yang menggunakan tangisan sebagai satu alat untuk memanipulasi pihak lain.
 
Emosi Keikhlasan
Sekiranya tangisan wanita tidak berkaitan perubahan hormon dan manipulasi, faktor yang membuat wanita menangis adalah sebagai ekspresi emosi yang penuh keihklasan dan kejujuran.
Kemarahan
Berbeza dengan lelaki yang cenderung menggunaka kekerasan fizikal untuk meluahkan perasaan amarah, kebanyakan wanita pula menggunakan tangisan untuk meluahkan perasaan marah yang tida terhingga terhadap sesuatu situasi.
Memori
Wanita juga, sebagai makhluk yang penuh emosi mempunyai keupayaan refleks yang tinggi terhadap memori dan kenangan-kenangan lama, sama ada kenangan indah atupun buruk dan ini diluahkan juga melalui tangisan.

Manakala dalam persepktif Islam pula, menurut Ibnu Qayyim – terdapt 10 jenis tangisan dalam dunia ini iaitu:

1. Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati;
2. Menangis kerana rasa takut;
3. Menangis kerana cinta;
4. Menangis kerana gembira;
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan;
6. Menangis kerana terlalu sedih;
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah;
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang;
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis; dan
10. Menangis orang munafik – pura-pura menangis.

Sesungguhnya tangisan itu sendiri merupakan ciptaan dan kurniaan Allah S.W.T kepada makhluknya sebagaimana dijelaskan“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (AnNajm: 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab cetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka “Rasulullah saw bersabda: Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati.Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Air mata taubat Nabi Adam a.s. Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.

4 Sebab Lelaki Kacak Bukan Idaman Wanita


tak encem pon kan? =)

Salam kepada pembaca blog dalam segmen entri santai.  Hari ini kita bersua kembali dengan tajuk yang lebih hot Lelaki Kacak Bukan Idaman Wanita Sedunia”. Anda rasa Kacak? Sila jangan masuk ke sini takut nanti membawa pergi hati yang berduka lara. ahaha.
Menjadi kebiasaan bagi lelaki untuk berasa dirinya Kacak bak Tom Cruise aka Macho sepertiFahrin Ahmad. Tapi bukan semua lelaki kacak menjadi idaman wanita kerana kebanyakan wanita ….? ahaha. kecuali kawan saya, ika! dier memang minat laki encem. hahaha. Wanita lebih suka sekiranya teman hidup mereka tidak berlaku curang. Betul atau tidak, tepuk dada tanya hati anda yer. yehaaa!!

Lelaki Kacak Kuat Perasan
Lelaki kacak hidup dengan rasa syukur dengan apa yang dimiliki tetapi ada yang terasa dirinya sudah bagus sehinggakan lupa diri aka berlagak. ahaha. Saya bagi contoh ”Apabila berjalan terasa mata – mata memandang dan time itu juga bahu akan diangkat setegap mungkin kasi ummpp!” ahaha. Setakat angkat bahu, itu sememangnya terlebih normal tapi tiba – tiba ada dua tiga orang menegur ”bang, zip seluar terbuka lah” tapi dirinya terasa itu sekadar umpan mengurat, saya rasa sesiapa yang menegur pastinya mahu kasi pelempang 44kali. ahaha.”Lahai, kot yer pun terasa kacak, jangan lah biarkan burung berkeliaran tanpa berpagar”. heh!
Lelaki Kacak Memilih Bulu
Tang memilih bulu ini saya pasti anda kaum perempuan sangat setuju bukan? Zaman sekarang kaum wanita sangat hebat dalam memilih pasangan tetapi malangnya sedar ataupun tidak, lelaki kacak pastinya tidak lagi mendapat tempat pertama dihati wanita. Seperti sudah dilekatkan dengan gam gajah persepsi ”jauhkan diri dari lelaki kacak” semakin sebati dengan jiwa wanita sekarang kerana mereka sudah maklum ”golongan kacak hanya memilih wanita yang hot, kaya dan juga menjadi rebutan lelaki lain”.
Lelaki Kacak Ikon Kasanova
Kasanova aka ramai sparepart memang tak boleh lari dengan mereka yang kacak jadi malang sebentar buat jejaka ini kerana wanita sekarang semakin bijak. ahaha. Memiliki rupa pastinya akan dilabel Kasanova dan terima lah seadanya yer. heh! Mendapat label sebegini sememangnya indah bukan tapi jangan lupa, anda kasanova pastinya pasangan anda bakal mengikuti jejak yang sama.

Lelaki Kacak Banyak Alasan
Kalau perempuan terkenal dengan bebelan manja, lelaki kacak pula tak kurang hebatnya memberi 1001 alasan. ahaha. Alasan dicipta untuk melepaskan diri tetapi tatkala lelaki kacak mengeluarkan perkataan ajaib, perempuan boleh terlentok sehinggakan tak sedar air liur meleleh keluar tetapi yang peliknya perempuan masih lagi menerima alasan tanpa banyak persoalan. Tetapi semakin hari taktik sebegini cuma menjelikkan dan hanya helah lapuk untuk memikat mereka. ahaha. Jadi, guys, sila lah berubah sekiranya semua ini ada pada diri anda yer. yehaa!!




# SESUNGGUHNYA PILIHLAH PASANGAN ANDA MELALUI AGAMANYA, MAKA ANDA AKAN MENDAPAT KEBERKATAN DARIPADA ALLAH #