Friday, December 23, 2011

new year =)

curik yg en.google pic lorh

emm, lame doh ase x tulis something lam nie an? ase cam laen macam je skarang nie..Mie ase macam x tenang je idop mie kbelakangan nie, entah lerh? maybe suke sgt pikir yang akan dtg! maybe lah korang sume kate "mimie nie, awal sgt pikir sal hal 2" ! Tp, nak buad macam mane kan? dah mmg hobi mie kot? *macam x de hobi laen*

sekejap je ase nak masok taon baru! emm, preparation? emm, langsung x! emm, skarang nie mie arap mie akan lbh tnang! actually, mie sebal sgt nie skarang coz bila taon pnting bg mie nie lah bnyk sgt event yg akan dibuat! emm, awal2 akan ade event pnting doh! *so sorry lah lau x pat hadirkan dri, tkot2 ade kls* mie arap lps nie mie akan lbh fokuskan pembelajaran mimie..tkot, sakit, debor n macam2 lah! sume 2 buat mie ase macam xdop harapan nak berjaya! siot! aduhai, wahai hati..knape gini?Lps nie mie kne lbh bnyk luangkan mase untuk menghadap ALLAH supaye hati mie lbh tnang kan?

pic en. google  

MOOD : semoga tahun 2012 nie adelah taon yang mengembirakan buat cik blog =)
teringin nak buat mama n dada ase bangga ade anak cam cik blog..
Mama n dada, tolong doakan anak mu nie,semoga berjaye dunia n akhirat yep
*sebok*
Happy new years guys, nak happy birthday dada - 1.1.2012 *sweet je*

   

Sunday, December 18, 2011

ROKOK

hah! menarik x tittle cik.blog tu.. 

abg. google punye pic =)

siyesly, mie x aulah knape korang asyik hisap sangat mende alah macam nie! bukan banyak faedah pom.. just habiskan duit and bahayakan nyawa,bhai tol lah korang ni! lau korang dah rase amalan korang dah cukup bawak korang masuk syurga takpelah korang nak hisap berape puloh puntung rokok pom lam sehari! *nauzubillah*  Yang tu x pe lagi! yang bangkitkan kemarahan cik blog nie coz diowg yang penghisap tegar nie x reti2 bahasa langsung.. dah taukan rokok tu bahaya jgnlah hisap depan2 owg..*menganggu* tau x? lau korang ase dah cukup amalan tu, just go lah sorang2! cik blog x mo mati lagi! bnyk lagi urusan yg blom selesai! korang tau x yang rokok tu najis! bukti?? nie hah! cik blog siap search untk korg tau!

Saturday, December 17, 2011

my family

okei, hari ini mie ase cam nak ltak pic family mie kat blog! yelah kan nak share2 lah with koram2 sume! Ofkos lah koram pom ade family kan! sO, ltak lah jugak! =)

here you go :

nie mama n papa =) 

nie my old bro, * die mmg suke tngkap pic camnie* hahahhx


nie my sis * cute slalu *


nie my second bro *smart *


nie cik.blog punye pic * bju raye taon lps *

my youngest *perasan sokmo *

hah! amacam my family! sweet je kan, 
For your informationlah, mie pun ade barang ksygan macam koram2, die msti ade kat mimie time blajar, lau x..emm, susah asyik terknang kat die je * hahahx*  

Mr. Bad * pensil box *


aisah , ana , maz , adila , mimie , ika , ira , n nana =)

Hah, nie mimie punye frenz lah kan! hahahx sweet x? emm, time nie kitorg ade lawatan kat Majlis Sukan Negara, sO before that, kitorg t'nmpaklah scene yang indah nie! *hahah* Pe lagikan,, kitorg bergedik2 lah kat padang nie! *utk knangan* Sis Ira pun gunekan camera n set time! Then kitorg pom say 'peace' ! Hasilnya, inilah .. beautiful!  


 

Friday, December 16, 2011

takut ilew :'(


SPM 
nk kne stdy camni k? hhahah


emmm, ngade2 jew kan gambo tu! walaupun saye x study g2 pom..nyampah tol = =" .  Truthly, mie x au  nak belajar gne? nota ringkas pom mie x au nak wak gne, cam yg cg. khairul nak! Mie reti salin je pah2 dekat2 nak pekse bru study! *maybe malas nak study* Nie yang lemah nie kan! kadang2 ade jugax tnye kwn2, da stat study ke lom? depa sume jawab dah stat skit2, mmg cuak ah ble tau kte jew yang lom stat pape! *lol, lau cam nie mmg x ke mane lah aku *

Kadang2 mie smpai x leh nak tido, mikir nak berape 'A' ..Subjek pe yg boleh target..subjek pe yg susah! mmg jd burung anto lah mie lps tu! ase cam nak ambik buku n trus stdy time tu~  tpi dah malam sngt, xkan nak stdy kan!
*alasan* hahahx, Pape pom mie dah knalpasti sbjek yg susah nie cntohnye " add math (wajib lah kan) fiz ( kritikal), kimia ( gile) n bi ( mie bkn owg putih) ! hahahx, susah tol ble cam nie ! Killer subjek tu!  owg ckp mase fom 4 tulah, kne study tol2 ! tapi, mmg jnis x masok jugax or maybe sbb cg yang ajar sbjek tu * cewah, alasan baik punye*  niat lam hati mmg nak study time cuti2 ni tp dah name pom cuti, enjoy je lah mie ! makan, tido je! bertmbahlah lemak kat bdn! sial lol! okei, mie mmg nak stdy ngan kakax mie( teror add math) tp asyik malas je, x de mase yg sesuai n x de mood( yelah kan bljar mesty kne ade mood
) hahahx..

target :


  

 


huh! beriye je aku nie! *cemerlang abis*hahah ! Of koslah kan, sume nak result cemerlang cam nie, sape yg x nak! cume kne extreme study larh kan! lau x mau pecoh kpale~ emm, susah gak kan nak pat result camnie! ape tips diowg? nak try jugax! nmpak cam snang je diowg nie! aku nak A subjek "bm" pom susah! isshh, kne study lebih lagilah aku lps nie! aku nak jugax rase 'straigt A' cam diowg! x penah rase seumo idop aku nie! Dan aku pasti emak akulah yg pling bhgia lau aku pat cam nie! tp sowie mammie, i x larat ~ sob3 :'(


mood : pape pom mie akan try jugax!    

Thursday, December 15, 2011

peace =)



my gedix frenz, hahah



eeeemm, dah selesai makeup2 this blog *walaupun da mmg perfect * tp nop ade gop lah hasil keje tangan sendiri kan? yes, memey saia jenis yang agak ego coz saia x suke layan owg yang kite x knal! sO,what?? ade pape masalah k? mai lah face to face dgn saia~ lalalala *bajet brani*

bY the way, saia just owg baru lam this blog! mmg larh lembap skit kan~ blog nie pom hasil keje owg, heheheh..tenz banyak2 kat dye * keje awak mmg cantik, suke :3* naty ble da buke skol, saia blanje awak k, syunk? hahahx.. mmg x de bnyk lah nak ditulis mlm nie, maybe kepala da beku..asyik teringat kat SPM  (my future) ;) keje pom bnyk x siap2! ingtkan ble cuti lame cam nie, leh lah buad nota skit2 for preparation! bUt, hampeh tol, cam x bgerak langsung! soO sorry cikgu Khairul :)       


huh, pe yg saia bebel ntah :) , will be continue tommorrow !




30 rahsia wanita yang lelaki perlu tahu

Wanita sukakan lelaki bagaimana? Idaman lelaki yang bagaimana?  Mari kita kaji dan selidik rahsia wanita? ini adalah rahsianya :-
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan!.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama! yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini! dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.